Oleh: Nurul Atirah
Zulaikha. Orangnya cukup ramah. Seorang pelajar yang berdedikasi dan bijak memimpin. Maka tidak hairanlah namanya cukup terkenal dalam kalangan guru-gurunya. Kepetahnnya menjadi aset berharga dalam dirinya. Seorang kawan yang setia dan sentiasa bersedia mendengar luahan perasaan insan-insan di sekelilingnya. Gadis itu cukup matang bahkan ada yang mengatakan dia terlalu matang daripada usianya. Caranya, langkahnya, dan kata-katanya cukup jelas menggambarkan siapa dirinya.
Zulaikha pernah cemburu melihat kemesraannya dengan insan lain namun tidak pernah terpancar pada wajahnya. Hatinya merintih, mendesak supaya dia turut serta bersamanya tetapi akalnya mula berfikir. Menahan dirinya. Ketegasannya kini memainkan peranan. Keselambaannya teserlah kembali.
“Ya! Ini yang terbaik untuk diriku. Inilah jalan yang aku pilih. Aku tak akan tewas. Aku tak akan menyerah. Hati ini tidak akan dimiliki sesiapa pun pada ketika ini. Biarlah aku bermain dengan permainan perasaan yang kucipta ini. Prinsipku masih utuh. Aku masih aku! Lidahku tidak perlu melafazkannya dan dia tidak perlu mengetahuinya dan kelemahan diri ini tidak mungkin ku tunjukkan!. Tidak mungkin! Hanya aku sahaja yang berhak mengetahui siapa sebenarnya diriku. Jiwaku. Hatiku. Biarkan hati ini sahaja yang berbicara…~”
My Heart Will Go On
Kelibat dirinya berlalu sepi. Tanpa sapaan, tanpa pandangan. Betapa hati gadis itu memanggil namanya. Berharap agar terukir sebuah senyuman istimewa untuk dirinya, suatu sapaan mesra, suatu perhatian daripada si dia. Namun semua itu tidak pernah terungkap sama sekali. Semuanya terselindung di sebalik ketegasan dan kekentalan jiwa gadis itu. Keegoannya sering mendahului setiap tindak tanduknya. Keselambaannya mengharungi hari-harinya dan suatu yang pasti…dirinya tidak pernah tumpas dek perasaan itu. Tidak dan tidak akan pernah lebih-lebih lagi untuk insan bernama lelaki.
Zulaikha. Orangnya cukup ramah. Seorang pelajar yang berdedikasi dan bijak memimpin. Maka tidak hairanlah namanya cukup terkenal dalam kalangan guru-gurunya. Kepetahnnya menjadi aset berharga dalam dirinya. Seorang kawan yang setia dan sentiasa bersedia mendengar luahan perasaan insan-insan di sekelilingnya. Gadis itu cukup matang bahkan ada yang mengatakan dia terlalu matang daripada usianya. Caranya, langkahnya, dan kata-katanya cukup jelas menggambarkan siapa dirinya.
Dia tidak pernah percaya dengan ‘perasaan itu’. Baginya itu semua imaginasinya. Bisikan hati yang hanya melemahkan jiwa seorang gadis sepertinya. Menjatuhkan kredibiliti dirinya. Menggugat prinsip dirinya. Namun hati gadis itu mudah terusik tetapi dia memang bijak menyembunyikannya. Dia cukup hebat dalam menafikannya. Dia memang pandai berpura-pura. Ah! Semua itu sangat enteng baginya untuk berselindung di sebalik karekternya. Siapa dirinya yang sebenarnya dan bagaimana jiwa anak gadis itu yang sering berkocak tidak pernah diketahui. Hanya tuhan sahaja yang mengenali dirinya. Zulaikha memang bijak mengawal perasaannya dan dia tidak mahu orang lain melihat kelemahannya.
“Ah! Bayangannya datang lagi! Mengapakah aku harus memikikan semua ini. Tidak! Zulaikha, engkau tahu siapa dirimu. Jangan ada perasaan ini. Jangan diikutkan kata hatimu! Fikirkan masa depanmu yang belum pasti. Ini semua mainan perasaan. ‘Perasaan itu’ tidak pasti… jangan dibiarkan ‘perasaan itu’ menyelubungi dirimu.!”
“Ya Allah, hilangkanlah gelojak jiwaku ini. Hilangkanlah bisikan ini. Hanya Engkau saja yang mengenali diriku. Tiada rahsia antara kita. Tiada suatu pun yang tersembunyi daripada pandangan-Mu. Aku hamba-Mu yang lemah. Kuatkanlah diriku Ya Allah. Kentalkanlah jiwaku. Aku tidak akan tumpas dengan perasaanku. Bantulah aku Ya Allah…bantulah aku menafikan perasaan ini. Amin..”
Gadis itu terlalu banyak berfikir. Terlalu hebat menguasai permainan ciptaanya sendiri. Dia sentiasa menang dan dia belum pernah tewas. Namun kehadiran lelaki itu sering mengusik jiwanya…seperti biasa dia tetap akan melawannya! Menafikannya! Menolaknya!
Dari kejauhan ini, ekor matanya sering mengekori gerak langkah insan itu. Dirinya sering tercari-cari kelibatnya. Mengharapkan sesuatu. Insan itu ialah sahabatnya yang telah pernah membantu dirinya. Dia ingin selalu mendapat perhatiannya. Namun, lidahnya sering kelu untuk berkata-kata, kakinya sentiasa berat untuk melangkah, tindakannya tidak pernah akan menyusuli. Prinsipnya tetap utuh. Keselambaannya sekali lagi memainkan peranan. Seolah-olah tiada apa yang berlaku kepada dirinya.
“Zulaikha!”
“Hah? Ya saya?!”
“Tak balik lagi ke?”
“Taklah…saya ada banyak kerja ni.”
“Kalau macam tu saya pergi dulu. Assalammualaikum”
“Waalaikusalam.”
“Hah? Ya saya?!”
“Tak balik lagi ke?”
“Taklah…saya ada banyak kerja ni.”
“Kalau macam tu saya pergi dulu. Assalammualaikum”
“Waalaikusalam.”
Begitu singkat perbualan itu. Zulaikha sendiri yang menginginkannya walaupun hatinya ingin meneruskan. Cukup itu sahaja! Hatinya tetap berbunga riang.
Zulaikha pernah cemburu melihat kemesraannya dengan insan lain namun tidak pernah terpancar pada wajahnya. Hatinya merintih, mendesak supaya dia turut serta bersamanya tetapi akalnya mula berfikir. Menahan dirinya. Ketegasannya kini memainkan peranan. Keselambaannya teserlah kembali.
“Ya! Ini yang terbaik untuk diriku. Inilah jalan yang aku pilih. Aku tak akan tewas. Aku tak akan menyerah. Hati ini tidak akan dimiliki sesiapa pun pada ketika ini. Biarlah aku bermain dengan permainan perasaan yang kucipta ini. Prinsipku masih utuh. Aku masih aku! Lidahku tidak perlu melafazkannya dan dia tidak perlu mengetahuinya dan kelemahan diri ini tidak mungkin ku tunjukkan!. Tidak mungkin! Hanya aku sahaja yang berhak mengetahui siapa sebenarnya diriku. Jiwaku. Hatiku. Biarkan hati ini sahaja yang berbicara…~”
Bilakah dia bisa melafazkannya?
Sukarkah untuk memahami dirinya?
Hanya SATU yang pasti untuk dirinya...Dia tidak pernah TEWAS!
Kini dia tahu...Insan itu BUKAN miliknya...
Sukarkah untuk memahami dirinya?
Hanya SATU yang pasti untuk dirinya...Dia tidak pernah TEWAS!
Kini dia tahu...Insan itu BUKAN miliknya...
p/s cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan hidup atupun yang mati.
Actually this story is written by my friend... She doesn't know that I'm going to publish it here in my page. Hehe.. (^_^).
Actually this story is written by my friend... She doesn't know that I'm going to publish it here in my page. Hehe.. (^_^).
My Heart Will Go On
1 comment:
terasa kmk deng ..huhuh
Post a Comment