"Perjalanan insan adalah suatu hakikat yang pasti
Pabila langkah ini terhenti penghujung kehidupan menanti di sana..
Suatu HAKIKAT perpisahan yang terakhir..."
Pabila langkah ini terhenti penghujung kehidupan menanti di sana..
Suatu HAKIKAT perpisahan yang terakhir..."
Pada saat ini kita tertawa ceria, bergurau senda, berkongsi suka dan duka...
Tiba-tiba semuanya berubah dalam sekelip mata. Insan yang pernah duduk di sisi kita, ketawa dan menangis bersama tidak lagi berada ada di sisi. Pergi buat selama-lamanya menghadap seruan ILAHI. Tika berdepan dengan suatu HAKIKAT yang pasti...
"Kami jadikan di muka bumi (gunung-gunung) yang tegak kukuh supaya tidak bergerak bersama mereka dan kami adakan jalan-jalan yang luas di atasnya mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk"
Surah Al-Anbiya';31
Surah Al-Anbiya';31
HAKIKAT ini suatu yang pasti. Setiap insan bakal melaluinya. Bila? Di Mana? Bagaimana? semuanya telah ditentukan sejak azali lagi. Mungkin sebentar sahaja lagi, mungkin esok, mungkin kelak... HAKIKAT ini bakal dilalui setiap insan yang berjalan di atas muka bumi ini.
"Setiap yang hidup pasti menemui kematian"
Ali Imran; 185
Ali Imran; 185
Bersyukurlah dengan nikmat Allah S.W.T. Hargailah insan di sekeliling anda. Hari ini kita mungkin bersama...ESOK? tiada siapa yang tahu...!
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Salam takziah buat Cikgu Suharyati sekeluarga. Kepada Noriya Hartuti, sahabatku...tabahkan hatimu menempuh hari-hari mendatang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingatlah 3 perkara yang tidak akan putus-putus terhadap si mati ialah doa anak yang soleh dan solehah, harta yang diwakafkan, dan ilmu yang disampaikan. Bersabarlah wahai sahabat. Kami, sahabat-sahabatmu dari Tingkatan 3 Emerald mendoakan semoga roh bapamu dicucuri rahmat dan moga-moga ditempatkan bersama para syuhada. Insya-Allah.
Pesan daripada sahabat mu ini, solat 5 waktu jangan sekali-kali ditinggalkan dan banyakkanlah membaca kalimah suci Al-Qura'n. Jagalah dirimu selalu dan saya sentiasa mendoakan kejayaan awak. Marilah kita sama-sama melangkah menuju kejayaan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Amin...
Pesan daripada sahabat mu ini, solat 5 waktu jangan sekali-kali ditinggalkan dan banyakkanlah membaca kalimah suci Al-Qura'n. Jagalah dirimu selalu dan saya sentiasa mendoakan kejayaan awak. Marilah kita sama-sama melangkah menuju kejayaan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Amin...
No comments:
Post a Comment