Friday, August 31, 2007

50 Tahun...MALAYSIAKU GEMILANG.

Alhamdulillah, kini genaplah 50 Tahun Malaysia merdeka...

Pesan Aika:
Kita ialah GENERASI PASCA MERDEKA. Kita tidak pernah mengalami erti sebuah keperitan dan kepayahan pejuang-pejuang anak bangsa dalam memperjuangkan kebebasan negara. Kita tidak berjuang bersama mereka dan berada di situ. Namun semua ini tidak bererti kita perlu lupa akan siapa diri kita sebenarnya. Ingatlah...Perjuangan kita belum selesai sebagai modal insan, penggerak wawasan negara cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Detik ini, Setelah 50.

Sesekali membelek peribadi diri
mencari qudwah hasanah yang tak terjangkau
melihat kebobrokan yang menguasai
kilau barat rebahkan murni timur
tewaskan semaian, racunkan baja peribadi
agungkan budaya kuning
remehkan warisan nenda
sesekali merenung kebebasan
50 tahun cukup untuk mengajar
parut derita masih tersisa
perjuangan yang semakin dilupakan
namun, hedonisme mula menjalar
hiburan tanpa batas
kerana kita yang agungkan mereka.


~Sapiah Derahman

No comments: