Satu cahaya terindah
Dari jiwa terang jiwa
Kekasihku kau kupuja
Menjelma dilangit musim bertukar lara
Terpinggir sepi hampir putus asa
Melayar hari kelam yang tak bermaya
Dan makna
Hendak kuluahkan takut makanlah diri
Hendak kusimpankan meracuni hati
Hendak ku jertikan takut malu sendiri
Hendak kudiamkan kau takkan mengerti
Biar susah bagai cinta zulaikha
Cinta dalam mimpi jadilah nyata
Biar pahit manis terasa
Hari ini hamba esok gembira
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
-
Cinta Zulaikha?! Saya sebenarnya masih tertanya-tanya apakah sebenarnya kesudahan cinta Zulaikha, isteri pembesar Mesir yang pernah jatuh cinta kepada Nabi Yusuf A.S?? Inikah Zulaikha yang dimaksudkannya? Saya pernah juga terdengar bahawa kesudahannya Nabi Yusuf dan Zualaikha akhirnya bersatu tetapi ada juga cerita bahawa Nabi yusuf dan Zulaikha tidak ada apa-apa perhubungan di akhir cerita. Apa cerita sebenar agaknya ya?? Waallahualam.
-
Menyentuh tentang lirik lagu Cinta Zulaikha. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Tak cakap susah, cakap pun susah. Kadang-kadang saya tak percaya dengan cinta. Apa rasanya disayangi? Wujudkah orang yang menyayangi? (Keluarga terkecuali lah..) Hahahaha!! Betullah agaknya, hendakku luahkan takut makanlah diri, hendakku simpankan meracuni hati, hendakku jalinkan meranalah diri, hendakku diamkan kau takkan mengerti~~ hahaha!! Betul2!! Agaknya saya memang takde pengalaman pun dalam hal-hal macam ni... Mintak-mintakla takde ye buat masa sekarang ni.. hek?! :)
No comments:
Post a Comment