Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu,
Biru..Biru Gunung Kinabalu,
Tengok Dari Jauh Hati Saya Rindu.."
Sebenarnye aku bercakap sebab nak lepaskan rindu kat kawan-kawan dan terutamanya... kat Sabah!! Rindu sangat-sangat-sangat-sangat!! Semua perkara, semua benda, dan semua orang!! Ok, sekarang aku nak lepas rindu skali lagi kat blog yang sudah agak lama aku tinggalkan sebab pergi ke suatu tempat dan jumpa ramai orang yang aku rindu sangat-sangat!!!
23 November 2007
Dalam pukul 7 pagi, papa hantar aku ke lapangan terbang. Papa hantar sampai dekat depan pintu lapangan terbang je.. tak masuk kat dalam pun.. Dia pesan "Jaga Diri Baik-Baik". Lepas salam dengan papa, aku pun masuk la kat dalam pergi cari Aizat. Dia dah sampai dulu dah. Aku tunggu la kat situ dengan dia.
Aku tengok semua parents peserta ada dekat situ termasuklah Aizat. Mak dia macam risau je dengan dia tu. Biasalah anak baik kan?? hahaha. Bapak Aizat sporting je.. hehehe! Kat sana jumpe dengan Ashikin dan Ben, kawan lama kat SMKMJ dulu. Diaorang pun ikut jugak...
Selepas semua peserta berkumpul dan dah ada kat airport, kitorang pun check in. Adala berkenalan sesama sendiri. Kitorg diberi baju yan sedondon dan besar macam guni!! wakakaka! Tapi takpela.. ada jugak orang nak bagi. Bila kitorang dah masuk kat dalam, adala dua orang pelajar perempuan ni. Dia kawan Amirul, kawan aku kat kolej. Dia cakap.. Amirul suruh cakap kat Aku.. "Boyfriend nombor 14 aku kirim salam".. Boyfren aku yang ke-14 tu Amirul la... hahahaha! Tapi korang janganla salah sangka yek... Aku masih single but not available... 14 orang boyfren aku ni represent sume budak lelaki dalam kelas aku. Betul la kan... Boyfriend=Kawan Lelaki. By the way, nama diaorang Iza & Fida.
Kami tinggal di Airport View Hotel, Tanjug Aru, Kota Kinabalu Sabah. Check in kat Hotel lebih kurang pukul 2 macam tu la.. Surprise..Surprise.. Waktu nak check in tu kan, aku ditempatkan dalam bilik 2023 bersama 3 orang budak Sabah yang lain... That means, Aku sorang je budak Sarawak dalam bilik tu!! hahaha!! Tapi Takpe, I Will Survive.
- Kami diberi taklimat oleh Cikgu Awang Sani tentang etika pakaian, disiplin & perkara-perkara yang kami akan lakukan kesokan harinya.
- Cikgu Awang Sani melantik Penghulu, Penghuluwati, Imam Besar dan 2 Orang Imam Kecil. Interview dulu?? Bagaimana? Hehehe... baca Surah Al-Fatihah bertarannum.
- Penghulu, budak Tingkatan 4 dari Sabah. Penghuluwati budak Tingkatan 2 dari Papar Sabah, Ummi.
- Kami dibahagikan kepada enam kumpulan. Aku dimasukkan dalam kumpulan 5, Aizat dalam Kumpulan 4.
- Selepas selesai pembahagian kumpulan, Cikgu Awang Sani briefing la sikit2 lagi.
Selesai Modul Satu, kami pun balik ke bilik masing-masing. Malam tu, aku dengan Kila layan cerita The League of Extraordinary Gentlemen. Lama dah tak tengok cerita ni... hehehehe. Pukul 12 tgh/mlm baru la kami semua tidur.
24 November 2007
TOPIK : Disaster Morning.
Aku bangun sekitar pukul 4.15 pagi. Mandi pagi siap2 la nak turun solat Subuh kat surau. Kami sebenarnya disuruh turun pada pukul 5.15 pagi, tapi kami turun pukul 5.20 pagi. Lambat sikit la. Masa kami sampai kat bawah... mereka dah habis solat dah. hehehe.. kami pun panic la tak tentu pasal. Naik balik solat dalam bilik. Pakai baju sekolah terus. Turunla breakfast awal pukul 6 pagi. Semalam si Fara cakap tak ada senaman pagi. Masa kami tengah makan, kami tengok ramai jugak orang dekat luar pakai baju sukan. Aku pun telefon la Aizat, tanye dia ada senaman ke tak. Dia cakap takde, lepas tu tak tau dan yang lebih mengukuhkan instinct kami yang takde senaman pagi tu, bila Aizat cakap, Dia dan Syah dah pakai baju sekolah. Tapi aku & Kila tak percaya sangat. Kelam Kabut kami makan dan terus naik pakai baju sukan, turun balik, join senaman.
Untuk pengetahuan semua, Aku & Kila tak bersenam pun pagi tu sebab mereka dah habis bersenam dah... Huh! Takpe at least kami ada kat sana kan daripada takde langsung. Tika dengan Farah tak turun ni.. hahaha! apa yang paling mem'BENGANG'kan aku ni apabila aku tau yang Aizat tu ada turun senaman+sempat bersenam+TIDAK BAGITAHU AKU pulak tu!!!! Apa la salahnye dia call aku kejap cakap dia pergi senaman tu.. Susah sangat ke? Aku tak paham betul la mamat sorang ni!! Bukannye lama pun tak sampai 5 saat pun. Aku pun melepaskanlah geram aku sikit kat dia ni...sikit je.. tak banyak!! Huh! Geram aku ni... Kalau kami kena denda nanti macam mana?? Siapa susah? Aku jugak... hisy! Bertuah betul budak ni!!
Dan dengan itu, kami pergi kuliah awal pada hari ni... Aku & Kila duduk depan sekali dengan Ustaz Ramadhan (:P Hek!!)
Berikut merupakan aktiviti2 kami sepanjang hari ni:
Modul 4 : Penubuhan Kelab dan Persatuan & Tanggungjawab AJK (0800-1000)
Modul 3 : Kemahiran Berkomunikasi (1030-1230)
--->REHAT<---
makan tengah hari. Ada perubahan sikit untuk etika pakaian kami. Kami dibenarkan menggunakan baju T-Shit yang bersopan dan menggunakan kasut. So, GOOD NEWS, tak payah pakai baju sekolah!!!! Yahoo!!
Modul 5 : Perancangan Dan Pelaksanaan Aktiviti (1400-1500)
Modul 6 : Pengurusan Mesyuarat (1500-1600)
RIADAH
Ni yang paling best. Semua orang memang having a really great time lah!! Kami menari Chicken Dance... Tarian Poco-Poco... Tarian Sumazau... Memang best sangat2!!! Pipi ni sampai sakit ni ketawa kuat sangat. Aktiviti ni dilakukan dalam kumpulan masing2.
** Tau tak..??? Masa Modul 5, aku banyak bertanya berkenaan modul ni. Pada pendapat aku, modul ni sangat menarik sebab boleh membantu aku dalam pelaksanaan aktiviti PALS pada masa akan datang nanti. Well, as usual aku dengan cara aku yang tersendiri. Biasa2 je. Entah macam mane cara aku ni membuatkan Cikgu Awang Sani merangkap penceramah tu tertarik dengan aku?? Dia cakap kat aku... "Kamu ni pintar ya?? Aku suka sama kamu..."
Woo...~~ Aku hanya mampu tersenyum. (^_^) Apa yang best lepas tu pulak, Cikgu Awang Sani personally jumpa aku dan cakap dengan aku. Dia mintak aku jadi pengacara majlis untuk majlis penutupan nanti. Dia cakap suara aku bagus... hek!! hahahah!! Suka?! Mestila suka sangat. I prefer to be somebody instead of nobody!! Lagipun, aku dah biasa jadi pengacara kat Kolej.
Modul 7 : Simulasi Mesyuarat (2000-2200)
** Simulasi ni lebih kurang seperti kita berada di situasi sebenar mesyuarat. Setiap kumpulan akan mengendalikan suatu mesyuarat berdasarkan ceramah yang telah disampaikan pada petang tadi. Pengaplikasian... Kumpulan kami iaitu kumpulan 5 merangkap Kelab Astronomi buat Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja. Kami akan membincangkan suatu aktiviti yang akan dilaksanakan secara terperinci sebelum pembahagian tugas kepada biro-biro. Presiden kelab kami ialah Irwan manakala aku selaku Naib Presiden. hehehe...
Nasib baiklah aku dah biasa mengendalikan mesyuarat2 macam ni kat sekolah jadi dapatlah aku bantu ketua aku ni melicinkan perjalanan mesyuarat dan Alhamdulillah semua perkara berjalan dengan lancar. Walaupun dalam suasana riuh rendah kumpulan kami ni..hahahah! Dapat jugak la dikawal oleh Presiden dan Aku. Sebab dah terbiasa membuat agenda mesyuarat, alih-alih aku yang menentukan apa yang kami akan buat dalam mesyuarat ni. Nasib la presiden ni tak kisah sangat. Aku mestila hormat dia.
Kami berbincang tentang aktiviti2 yang akan diadakan sepanjang Minggu Angkasawan 2007. Syah dan Izan dari Kontijen Sarawak sama group dengan aku. Sebenarnya idea Minggu Angkasawan 2007 ni idea aku.. Aku terpengaruh dengan Bulan Alam Sekitar 2007 sebenarnya. Biasalah... Presiden PALS. Wakakaka... Tapi kan, dalam mesyuarat ni, fasilitator ni asyik tengok aku je!
Dan seperti biasa... Tak kira di mana jua aku berada... Aku sentiasa akan disuruh membentang. Alhamdulillah, pembentangan aku berjalan dengan lancar. Mereka cakap macam pembaca berita ada gak! hahahah! Fasilitator tu cakap kumpulan kami paling bagus sebab lengkap dengan butir2 yang terperinci dan pembentangan yang baik... Bangga kumpulan kami ni!! hek!
** Malam ni jugak, aku sebenarnya jadi pengacara majlis. Cikgu Awang panggil, "Siapa pelajar dari Kolej Abdillah yang akan jadi pengacara majlis untuk Majlis Penutupan nanti..?? Sila jadi pengacara malam ni.." Aku harap2 la si Aizat tu naik.. hahaha! Nanti tak pasal2 dia tak tau nak cakap apa plak! hahaha!
Setelah selesai semua aktiviti Kami diberi kerja rumah iaitu membuat kertas kerja... Malam ni, kami tidur awal sebab esok kami akan KELUAR!! Yay!
25 November 2007
Modul 8 & 9 : Lawatan dan Pendidikan Luar
Kami bangun awal pagi ni seperti yang disuruh. Seawaal jam 6 pagi kami dah turun breakfast dan berkumpul di hadapan hotel. Hari ni kami pakai baju ikut negeri masing2. Mula2 kami beratur ikut kontijen lepas tu baru ikut kumpulan. Pagi ni kami akan bertolak ke Kem Malanggang, Tamparuli Sabah. Perjalanan yang memakan masa selama 1 jam tu membuatkan aku terasa mengantuk dan tertidur... hehehee!!
Setibanya kami di sana, aktivit utama yang kami akan lakukan ialah FLYING FOX! Woo~~ First time ni... hek! Kami diberi taklimat oleh Tuan Haji Salleh. Memang tak sabar rasanye tapi gayat pun ada. Mana taknye?! Tinggi betul tempatnye tu...
Kami kena la tunggu giliran. Ikut kumpulan masing2 ni. huhu~~ Takpela... Sampai giliran aku. Dah pakai semua peralatan. Aku telah ditolak dari atas menyeberangi sungai yang deras ke sebelah sana. Waaa!!! Best sangat ni...!! Rasa macam nak buat lagi skali... BEST!!!! First time la katakan... Selepas sampai di seberang sungai, kami berjalan sejauh 1.6 km... menyeberangi jamabatan gantung, menyusuri denai...chewah! Akhirnya sampai ke tempat asal kami ditolak... hahahaha!
Dan masa kat kem ni jugakla aku berkesempatan bercakap dengan Aizat. Mana taknye?! Dah la senyap semacam... Tanya kenapa? Takde apa2 pulak dia cakap.. Macam2 la dia ni. Tak paham aku dibuatnya! Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Ai..ai.. Pelik betulla mamat sorang ni! hek!
Tengah hari tu, kami makan tengah hari, solat dan bertolak ke destinasi seterusnya... Destinasi paling best! Shopping @ Pasar Phillipine!!
Lokasi : Pasar Phillipine
Waa~~ Bestnyer!! Pasar Kraftangan ni sebenarnya digelar Pasar Phillipine oleh penduduk tempatan. Banyak kraftangan dijual kat sini. Mutiara, baju, gelang dan macam2 lagi...
Dekat pasar ni jugakla aku mula rapat dengan kawan aku dari Sarawak... Syah! Syah ni sebenarnya rapat dengan Aizat kat Sabah. Aizat kata Syah ni anak buah dia... So, No Wonder la! Sebenarnya, niat aku nak bershopping dengan Aizat, tapi alih2 melekat pulak dengan si Syah ni! Macam mana aku tak ngam dengan Syah, kalau si Aizat tu "DINGIN" semacam je. Kalau ada Syah, memang meriah giler la kumpulan kami kat situ... hahahaha!!
Ceritanya macam ni... Tengah aku ke'blur'an tak tau nak beli apa??? Aku terserempak la dengan Aizat dengan Syah yang tengah mencari barang dan juga tak tau nak beli apa.. hahaha! Diorang nak beli key chain. Kebetulan aku di situ, aku tolong la Syah pilihkan yang mana lebih cantik. Tambahan pulak, diorang ni tak pandai nak tawar-menawar... jadi aku skali lagi tolong la diorang dalam kerja tawar-menawar ni. Berdekatan dengan kedai tu jugak, ada kedai kerongsang. Aku singgah la sekejap dan berminat la dengan kerongsang rama2 ni... Cantik! Hijau!! Aku pun beli la dengan harga tawaran RM 10. Syah pun minat jugak... Dia pun nak beli satu. Nak bagi Ma'am Besar katanya... hek! Aku tolong la dia pilihkan. Dia sendiri jugak yang cakap... pandangan mata perempuan ni lain sikit. Aizat pun beli gak. Untuk mak dia kot! Secara tidak langsung, aku ni menjadi diorang punye Personal Shop Assistant! hahahaha!!
Long story short! Aku pun ber'shopping' la bersama-sama diorang. Lepas tu kitorang pergi la Kedai Baju Sabah ni.. Aku beli baju untuk abang aku dan aku. Syah dan Aizat beli pattern yang sama dan ukuran badan?? Ikut badan Syah la...!! hehehe! Mula2 aku bayarkan... Nanti kitorang settle la hal duit semua ni...
Oleh sebab masa yang diperuntukkan terlalu singkat, kami pun agak kelam kabut dan berebut! Kitorang cepat2 pergi ke gerai yang ada jual gelang murah yang aku rekomenkan kat Syah dan Aizat. Aku tolong diorang ni pilih gelang untuk mak2 diorang... Syah beli 2, Aizat beli 1. Lepas tu, tepat Jam 4... cepat2 kami pergi ke bas dan bertolak ke hotel. Dalam perjalanan ke hotel, baru la aku terfikir nak beli apa. Takkan la aku beli ni je kot?? Alamak~~ Nasib la Cikgu Kamariah cakap esok kita pergi ke situ lagi~~ Ada jugak la barang yang akan aku belikan untuk famili aku...
Masa : 1915-1930
Sebelum aktiviti start, aku dan Syah jumpa kat Tingkat 5 nak settle hal barng kitorang yang main beli je guna duit siapa2 antara kami la. Sebenrnya janji nak settle masa makan. Tapi aku tengah kemas barang dan mand petang tu. Mula2 Aizat ada, tapi lepas tu tinggal aku dengan Syah je sebab Aizat nak solat katanye.. Aku dengan Syah pun settle la bab duit2 semua ni. Dia suruh aku tolong simpankan barang2 diorang. Bukan apa, takut hilang katanya.. Mana2lah korang ni..
Lokasi : Tingkat 5, Airport View Hotel (2000-2200) Pelaporan Aktiviti.
Malam ni, para peserta dikehendaki menceritakan pengalaman masing2 sepanjang aktiviti dijalankan dari pagi hingga petang nanti. Macam2 gaya dan bahasa yang diorang gunakan. hahaha! Si Irwan Pasar Phillipine jadi Pasir Phillipine dengan gayanya yang mengulang satu perkataan 3 kali tu...memang lucu (Tidur3... Jalan3... makan3). Si Tika pula popular dengan ayat "TERPAKSA" nya.. Limin pulak bercerita dalam Bahasa Bidayuh! Memang gamatla malam ni!!
Habis je pelaporan, aku ada meeting dengan Cikgu Awang Sani. Cikgu Awang bagitau aku apa yang perlu aku buat esok. Aku juga dikehendaki berjumpa dengan Cikgu Naimah lepas supper nanti. Aku tak pergi supper, tapi pergi kemas barang2 aku memandangkan kami akan check out esok. Dalam pukul 10 macam tu, aku pergi bilik Cikgu Naimah tengok contoh skrip pengacara majlis. Apabila dah selesai, aku balik ke bilik aku dan siapkan teks pengacara aku. Lambat jugak aku tidur malam tu.. Tapi yang pasti teks aku belum siap..hanya draft sahaja! Ngantuk sangat punya pasal... Tidur je la... hek!
26 November 2007
Masa : 0600
Aku bangun agak awal sebenarnya... pukul 4.30 pagi. Lepas siapkan diri, kitorang pun turun senaman pagi. Aizat tak tau ni yang ada senaman pagi ni. Aku pun dengan bermurah hati bagitahula dia. Bukan apa.. Kawan bah! Selepas senaman, baru la kami breakfast. Aku memang bawak teks aku bersama sebab nak siapkan pagi ni. Cepat2 aku makan pagi ni. Terus salin semula teks aku. Tika, Kila, & Fara pergi naik dulu. Tinggallah aku sorang yang sedang sibuk menyalin. Cikgu awang Sani yang cute tu menemani aku kat meja aku... Bestnye... hahaha! Rasa macam bapak dengan anak pulak... hek!
Dan entah kenapa aku terasa sedih pulak pagi ni?! Ai..Ai.. Nak dekat pukul 8 pagi, aku mintak diri dengan Cikgu Awang dan cepat2 bersiap ke dewan. Pagi ni kami ada rehearsal.
Sebelum rehearsal, kami disuruh isi suatu borang penilaian kursus. Selepas itu, barulah rehearsal bermula... Aku pun menjalankan lah tugas aku selaku pengacara majlis. Setelah selesai rehearsal, dua orang cikgu dari Sabah melatih aku dan mengubah sikit skrip aku. Banyak yang dah aku belajar daripada mereka. Memang suatu pengalaman yang berharga! Cara penyampaian, penyusunan bahasa..
Cikgu lelaki tu cakap, aku ni macam penyampai berita. hahahaha! Intonasi aku dah ok walaupun agak mendatar tapi boleh diperbaiki.
Masa : 11.30
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengurusan Kelab dan Persatuan Peringkat Kebangsaan 2007 pun bermula. Sebenarnya dalam pengacaraan majlis ini adalah kombinasi antara aku dan 2 orang cikgu dari Tamparuli ni. Aku yang mulakan majlis ni sebenarnya... Tengah2 majlis berjalan.. Masya-Allah, punye la aku menahan diri drpd nak pergi toilet ni!! hua~~ Cikgu lelaki tu tanya aku kenapa? Aku ngantok ke? hehehe... Aku cakapla aku nak g toilet sebenarnye ni.. Dia cakap kat aku suruh picit hidung. Aku pun buat la.. Rupa2nya dia mainkan aku! hehehe!!
Setelah habis Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah memberi ucapan, acara penyampaian hadiah pun bermula. Acara ini dikendalikan oleh Cikgu lelaki tu. Habislah aku punya part sudah... Tapi terpaksa menunggu masa yang sesuai.
Anugerah Peserta Kursus Terbaik Perempuan jatuh kepada...
Nurhaziqah Norani dari Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching, Sarawak.
Huish!! Tak sangka betul dapat anugerah ni~~ Tapi tak surprise sangat.. Pasal aku kan pengacara majlis. Aku tau la siapa yang dapat anugerah... huhu~~ Tapi Alhamdulillah, Syukur. Sekurang-kurangnya aku ada membawa nama Sarawak dan yang paling penting skali nama Kolej D.P.A.H Abdillah.
Lepas aku naik ambik anugerah...aku terus pergi toilet ni! Dah lama aku tahan ni! hahaha!
Setelah selesai majlis, sesi bersalam-salaman, gambar2... dan para tetamu kehormat dipersilakan menjamu selera dan begitu juga dengan para peserta. Lepas makan... Aku balik ke bilik aku untuk packing barang. 2.30 petang mesti turun. Kila, Tika, & Fara turun dulu. Sebelum keluar, aku solat dulu. Lepas ni kan nak kuar shopping lagi, tak payah susah2 nak pikir lagi dah solat ke belum.
Tapi bila aku turun.... Tika, Kila, & Fara dah takde dah. Diorang dah bertolak dah~~ Sedihnye tak sempat jumpe diorang. Aku pun check out je la. Oleh sebab beg aku dah terlalu penuh, bayangkan tuala aku, aku bawak macam tu je! hahaha! Nasibla si Syah ni offer untuk tumpangkan "tuala perempuan" aku ni dalam beg dia. Istilah ni, Syah la yang bagi..hehe! Setelah Kontijen Sarawak berkumpul, kami pun bertolak ke destinasi seterusnya... Pusat Bandar, Kota Kinabalu!!
Mula2 kami semua masuk ke KK Plaza (Rasanya?!). Aku dan Syah dah sepakat nak jalan sama. Aku mintak Syah temankan aku ke Pasar Phillipine. Bukan apa, aku belum lagi beli sourvenir untuk Mama, Papa, Acik, & Atirah. Syah ikut je... Tapi sebelum tu dia nak pergi toilet katanye. Selepas Aku dan Syah berpusing-pusing dalam shopping complex ni cari Aizat, Limin dan Fabian, baru la kami berjumpa dekat entrance. So, out to Pasar Phillipine... hek!
Jangan la korang berasa musykil dan hairan sebab aku memang keluar dengan lelaki2 macho sekarang ni! hahaha! Syah-Limin-Aizat-Fabian. Itu la kawan2 yang rapat dengan aku dekat sini. Ini semua gara2 ber'shopping' di Pasar Phillipine! hek! Sebenarnya aku ikut diorang pun sebab diorang ni ada kamera dan suka bergambar.. Boleh la aku tumpang sekaki! hahahaha! Tapi keluar dengan diorang memang best... Aku tak dipinggirkan pun!
Nak dijadikan cerita, kami separate kat sini. Fabian-Limin-Aizat, pergi beli makanan. Aku-Syah pergi beli souvenirs. Actually, Syah temankan aku... Pusing2 kat dalam pasar tu, tak jugak beli apa. Last2 aku cakap dengan Syah, beli baju je la. Kitorang pun pergi la ke kedai baju semalam. Main grab je ni. "Aunty, ambik baju ni saiz S... yang ni saiz XL... saiz m ada tak?" Syah la yang tolong aku pilihkan baju ni. hahaha! Akhirnya ada jugak something yang aku beli untuk famili aku.
Dah tu, kami pun keluar la dari Pasar tu dan sementara menunggu Limin-Fabian-Aizat, kitorang buat apa lagi? bergambar sakan la kat sana.. Kat tepi pasar tu Laut. Cantik betul Viewnya! Kitorang guna kamera HP Syah je.. hehehe. Tunggu si Limin baru dapat kamera betul2. Aku dengan Syah duduk la berdua menunggu diorang. Last2 aku ajak Syah ni temankan aku cari beg kat seberang jalan. Geng Aizat pun ada kat seberang tu sebenarnya. Beg aku sebenarnya dah penuh sangat ni... Bila kitorang ternampak Aizat dah seberang jalan balik ke Pasar Phillipine. Kami pun pergi je la takut hilang lagi diorang tu. Alih2, diorang dah pun hilang.. Jadi skali lagi Aku dengan Syah pun tunggu la dekat tepi pantai berdekatan dekat Pasar Phillipine tu... Tunggu diorang la ni!
Akhirnya sampai jugak diorang! Fuh! Lega. Hmm~~ Apa kitorang buat?! hek! Gambar Sakan la..!! hahahaha! Macam2 style, posisi yang kami buat.. Aku jadi photographer diorang. Mana taknye?! Lelaki kalau ambik gambar asal nampak muka cukup la. Tu yang aku cakap dengan Limin, "gambar korang ni mesti ada woman's touch... baru la cantik. Meh sini, biar pro yang ambik!" hahaha! Aku dan Syah buat pose Titanic..hikhikhik! Lawak betul la kitorang ni! Tapi ada suatu gambar yang aku dan diorang suka.. Of course la aku yang ambil gambar tu.. Memang cantik... Modelnya ialah Syah-Aizat-Limin-Fabian! Cantik... nantila aku tunjukkan pasal gambar2 ni semua ada pada Limin. Diorang buat pose ala2 merenung jauh kat laut la kononnya. Aku ambik gambar ni dari sudut tepi dan nampakla suasana diorang duduk merenung ke laut.. Seriously memang cantik! Sebab model2 aku memang hebat dan aku?? hehehe! Woman's touch la katakan...
Selepas beposing sakan ni, aku dan mereka pun pergi cari makan. Ni semua pasal aku dan Syah tak beli makanan lagi la ni. Syah yang belanja aku. Duit dia banyak bah... Aku beli roti canai je bah.. Dia beli Nasi Goreng Ayam. sementara menunggu, aku cakap dengan diorang yang aku ada terlupa nak beli satu barng lagi. Jadi aku balik la ke Pasar Phillipine tu. Aku beli 3 keychain rupa bentuk yang sama. Satu untuk Syah, Satu untuk Aku, dan Satu untuk Aizat. Jadi kitorang simpan suatu barang yang sama sebagai suatu kenangan bersama. Bila aku balik je, makanan dah siap. So... kami pun pergi la ke bas kami. Dalam perjalanan, aku bg Syah keychain yang aku beli tu. Aku harap dia suka la. Kami juga berkongsi pendapat yang sama mengatakan yang Aizat ni terlalu taat dan punctual..hahaha! mana taknye! Rilek la brader.. Dia cepat2 nak balik ni.. hahaha!
Destinasi seterusnya, SMK Putatan, Sabah. Kami akan bermalam di sini sebab kontrak dengan hotel sampai petang tu je.. Kami akan tinggal di asrama sekolah tu. Sepanjang perjalanan ke sana, kitorang dalam bas sibukla bergambar. Si Limin & Syah ni..gambar lembu pun diorang nak ambik. Dalam bas, aku duduk dengan Aizat berdekatan dengan Syah, Limin & Nazrin. Sembang2.. Posing2.. Memang best!
Pada petang tu, Aizat call aku je pasal nak tanya niat Jamak Ta'khir. Aku dan lain2 pergi turun ke Dewan Makan untuk makan dan seperti yang dijanjikan, Aku dan Syah nak settle semua barang yang kami beli ni.. Sambil makan, bincang skali. Sambil menyelam minum air... hahaha! Lagipun sebenarnya, roti canai aku masih kat Syah. hehe
Tak brapa lama lepas tu, Limin join kitorang. Syah kongsi sikit dia punya Nasi Goreng dengan aku. Banyak sangat.. (Aku mintak sebenarnya! hek!).. Lepas tu dia masih jugak cakap nasi tu banyak.. dan bagi lagi kat aku. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari! hahaha! Masa kitorang bincang tu, banyakla Kucing mengelilingi kami nak mintak makanan. Syah, ada ke patut di bagi jagung kat Kucing tu...??! Ai..ai.. Aizat tak join kitorang, di makan dengan Ben. Biasala tu.. Aku ada kat situ, nak ke dia duduk skali?! So..typical him! Malu tak bertempat.. Lepas makan, kami balik ke asrama. Packing + Mandi Time!
Masa : 2040-2115
Malam ni, lepas mandi, kami lepak2 kat Dewan Makan. Syah, Limin, & Ben main UNO. Aku dengar Aizat tu pergi kedai tadi dengan Cikgu Ratno. Beruntung ko Zat! hek! Aku pun, turut sama melepak dengan Ben, Syah, dan Limin. Tak brape lama lepas tu Aizat join skali. Macam2 benda yang kitorang cerita.. Berposing apatah lagi.. Kamera Limin & Ben yang jadi mangsa kali ni. Syah guna HP Kamera dia je.. Lepas tu, kami bergambar beramai-ramai sebelum masuk tidur.
Time ni la kami spent time sama2 buat kali yang terakhir. Sedih nye... Tapi nak buat macam mana. Setiap pertemuan, ada perpisahan. Itulah hakikat kehidupan. Setiap saat, setiap waktu kita bersama, Insya-Allah tak akan aku lupakan!
27 November 2007
Masa : 0510
Semua peserta bangun tidur dan bersiap-siap dengan baju kuning kami. Sampai jugak hari perpisahan kitorang. Macam tak nak balik rasanye. I met many wonderful friends here, especially, Syah and Limin.
Peserta perempuan turun lebih awal daripada peserta lelaki. Lambat betulla diorang ni.. Aku menggendong Beg plastik petak2 besar berisi barang2 aku + Beg tarik + Beg Sandang. Banyak barang ni... hahaha! Dalam pukul 0600 macam tu baru lelaki2 macho Sarawak ni turun. Sementara menunggu Bas, kami berposing skali lagi dan breakfast roti yang Cikgu Ratno dan Aizat beli semalam. Pukul 6.30 macam tu baru bas sampai dan kami bergerak ke Kota Kinabalu International Airport.
Masa : 0700-0900
Kami tiba di Kota Kinabalu International Airport. Masa cikgu sibuk dengan urusan check in barang, aku & Syah pergi la ke kedai sourvenir kat situ. Syah cakap dia terlupa nak beli sesuatu untuk adik2 perempuan dia... Kembar dan Adik kecik 10 tahun.. Jadi, mula2 dia mintak tolong aku pilihkan keychain. Lepas tu tak jadi pulak... Dia nak beli rantai. Aku pun pilihkan la untuk dia.
Sempat jugak kami bergambar kat airport waktu ni sementara menunggu flight kami. Aku biasalah, dengan Syah..Limin...Nazrin...Ben...Bazila...Izzan berposing sakan! Kat kedai souvenir.. Kedai Coklat.. Tepi banner pun kitorang bergambar tau! hahaha! Lepas dah penat bergambar.. Kitorang pun dudukla sama2 tersandar kat dinding. Group kitorang, Aku.. Sebelah aku Syah, Depan aku Limin, Ben, Nazrin & Aizat, Hujung sikit tu baru la, Baz & Izzan. Kitorang nyanyi lagu tingi2 Gunung Kinabalu. Si Syah.. ada ke patut dia cakap beg aku tu beg Indon! Dia panggil aku "Ibuk" pulak tu! Kureng Asam betulla dia ni... Hisy! Lepas tu, si Syah tu cakap kat aku & diorang, "Korang prasan tak, dia (refer kat aku) sorang je 'lelaki' kat sini?" Cheh! Betuah betulla budak ni?!
Suatu perkara yang menghairankan aku, Syah pinjam diari Nazrin.. catat aktiviti2 yang dibuat kat Sabah. Aku cakap la dengan Syah tu.. "Woi, lelaki pun ade diari ke? hahaha!". Dia cakap, "Biasalah... Diari seorang lelaki" hahaha! Diorang cakap, takdela susah2 nanti kalau cikgu tanya apa2 yg kitorang buat kat Sabah. Aku cakap, apa lah susah..cakap je la. "Ko senang la Zika, kau dah biasa cakap.." Limin balas balik hek! terekena pulak aku...
Masa : 0900-1030
Masa bertolak pun dah tiba. Lepas duduk kat tempat masing2, hobi bergambar kami diteruskan. Kali ni kamera Ben yang jd mangsa sebab Limin punya memori dah full. Tempat kitorang kali ni best... Semua kat tengah2!
Akhirnya, Bye2 Sabah! Kenanganmu sentiasa menggamit memoriku! hek! Sedihnye... Sedih sangat3. Aku rindu kat Pasar Phillipine yang banyak kenangan manis, suasana berkursus, kawan2.. dan yang pasti dalam masa beberapa minit je lagi kami semua akan berpisah.
Dalam kapal terbang, semua orang sibuk bertukar-tukar nombor telefon. Buat signature page la. Aku pun join skali. Best betulla.. Aku akan rindukan korang semua...
Masa : 1030
Akhirnya, kami selamat mendarat ke Kuching International Airport. Sedihnya!!! Selepas ambik bagasi kitorang, Aku, Syah, Limin dan Aizat kuar sama2 la. Lepas salam dengan cikgu dan peserta2 lain, kitorang dibenarkan pulang. Aku sempat jugak jumpa Famili Syah dan Famili Aizat. Memang sah la diorang ni ada bau2 bacang... Adik kembar dia memang cantik. Kalau mak dah cantik mesti la anak cantik kan?
Sebelum Syah balik, aku sempat jerit kat dia... "Syah, keychain aku kau jangan lupa pulak" "Ok, nanti aku bagi kat Aizat".... Itulah The last words antara aku dengan Syah. Aizat?! Blah camtu je lepas aku cakap bye2 kat dia! huh! Limin? Kitorang buat iklan ala2 Fair n Lovely. Tiap hari sayang.... hahaha!
Sampai la pulak saat aku berpisah. Limin-Syah-Aizat dah balik, sampai pulak giliran aku. Aku akan rindukan Sabah... Rindukan korang dan yang pasti... kenangan antara kita semua!! Tiap hari sayang... wakakaka!!!
Biru-biru Gunung Kinabalu... Tengok dari jauh...
HATI SAYA RINDU....
No comments:
Post a Comment