Saturday, November 17, 2007

Remaja Guna SMS Elak Mahu Berbicara

WASHINGTON: Mesej Pesanan Ringkas atau SMS bukan sekadar pantas dan berkesan, tetapi turut menjadi cara terbaik mengelakkan malu berbicara secara bersemuka dalam kalangan remaja. Lebih empat daripada 10 remaja Amerika Syarikat atau 43 peratus menggunakan SMS untuk perkara yang tidak akan mereka katakan secara berdepan, menurut tinjauan Associated Press-AOL yang dikeluarkan semalam. Dua puluh dua peratus menggunakan kaedah itu untuk mengajak seseorang keluar temu janji atau meminta menerima mereka, dan 13 peratus menggunakan SMS untuk memutuskan hubungan.
---
“Jika mereka takut atau lainnya, anda tidak melihat reaksi itu. Dan jika saya sendiri takut, mereka tidak perlu melihatnya,” kata Cassy Hobert, 17, pelajar sekolah dari Frenchburg, Kentucky, yang menggunakan cara itu atur temu janji.
---
Secara keseluruhan, hampir separuh daripada remaja berusia 13 hingga 18 tahun berkata, mereka menggunakan SMS dan cuma satu dalam setiap lima orang dewasa menggunakan kaedah itu. Dalam kalangan remaja, kira-kira separuh gadis dan lebih satu pertiga lelaki berkata, mereka menggunakan SMS untuk sesuatu yang tidak diucapkan secara berdepan.
---
Walaubagaimanapun, bukan sekadar remaja menggunakan SMS untuk kehidupan peribadi kerana lapan daripada 10 orang dewasa menggunakan kaedah mesej itu untuk menghantar pesanan peribadi. Remaja juga dua kali lebih ramai berbanding dewasa menghantar SMS ke telefon rakan, dan menggunakan ia untuk berkongsi muzik, fail video atau mendengar muzik. – AP

No comments: