Monday, November 5, 2007

Cinta Madinah

Assalammualaikum.

Alhamdulillah bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana sekali lagi @ika berkesampatan untuk menulis seuatu di dalam blog ini. Baru sebentar tadi @ika baru sahaja selesai membaca novel "CINTA MADINAH" karya ABU HASSAN MORAD yang mengisahkan kecintaan yang mendalam seorang hamba Allah terhadap Rasulullah S.A.W, kekasih Allah S.W.T. Bumi Madinah menjadi membuktikan penyatuan umat Islam terutamanya di rumah-rumah Allah yang tesergam indah menghiasi tanah suci itu.

Sepanjang perjalanan cerita dalam novel ini, setiap bab tidak ketinggalan memuji kebesaran Allah S.W.T dan keagungan perjuangan Rasulullah S.A.W. @ika begitu tertarik dengan bait-bait puisi yang menghiasi halaman novel ini yang dapat mencentuskan keinsafan dalam hati bergantung kepada individu itu sendiri.

Hari yang panas itu
ketika mentari mempunyai kisahnya sendiri
dan langit penuh rahsia.

Hari Panas ketika itu,
alam mempunyai ceritanya sendiri
dan gurun masih penuh berahsia.

Nabi meminta benjana air,
diseluk ke air dan diusap ke wajahnya,
berkata tenang datangnya ajal dengan rela.

@ika secara jujurnya masih kerdil dalam soal ilmu agama. Sesungguhnya @ika mengaku bahawa selama ini memang @ika tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, namun demikian, hati ini masih terasa kosong setelah sekian lama dalam mencari nur kebahagiaan yang sebenar. Alhamdulillah, Allah S.W.T telah meletakkan @ika di jalan yang benar iaitu Islam. @ika sedar bahawa Nur Hidayah-Nya harus dicari dalam membina benteng keimanan yang teguh. @ika masih mempunyai banyak cacat cela dan diri ini sangat rapuh dalam menghadapi godaan keasyikan duniawi. Ya, memang @ika mengaku bahawa @ika sering terlupa dan leka. Sesungguhnya memang itu fitrah manusia. Kadang-kadang @ika takut, kekentalan dan kekuatan iman ini dirobek dan runtuh dalam kehidupan yang penuh dengan godaan syaitan yang sering menyesatkan. @ika bukanlah insan yang sempurna. Kecintaan terhadap Rasulullah dan Yang Maha Esa mungkin tidak sehebat para ulama' dan para sufi... Setiap hari kita cuba menampal cacat cela pada diri, tetapi semakin banyak kita menampal, semakin tampak cacat-celanya.

"Ya Allah,
layakkah aku mencium bau syurga-MU?
sebagai muslimah yang solehah,
ummat yang cinta akan kekasih-Mu,
Mampukah aku menjadi sekental Fatimah Az-Zahra?
dalam menghadapi segala dugaan duniawi
Mapukah aku menjadi seperti Aisyah?

Ya Tuhanku,
Keimananku ini sering goyah,
Diriku sering diduga,
Aku hamba-MU yang lemah dan kerdil,
penuh dengan cacat cela dan dosa,
Ampunkanlah aku Ya Allah...

Sememangnya diri ini sering melakukan dosa,
Aku Lemah, Aku Kerdil,
Di sisi-Mu Tuhanku yang Satu"


Mampukah aku menjadi pecinta Islam yang sebenar
atau
Mukminah yang sejati dalam jalan kebenaran ini?

Bantulah aku Ya Rahman, Ya Rahim...
---
Wahai Saudaraku nakkan imanmu,
Itulah yang dikatakan jahil ilmu,
Jangan diyakin di hati kamu,
Rosaklah ilmu dituntut dahulu.
---
Perkataan bukan auta dan helah,
Fakir mengatakan dengan kerana Allah,
Boleh difikirkan benar dan salah
Di dalam hukum kitab-Nya Allah.
---
Imannya kurang ilmunya tak nyata,
Kaca ditukarkan intan permata,
Rugilah kelak tuan semata,
Kepada siapa hendak dikata.
---

No comments: