Monday, July 30, 2007

Kolej on News!

29 pelajar disyaki keracunan makanan di Sarawak

KUCHING 29 Julai – Sebanyak 29 pelajar perempuan dari asrama Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah (KDPAHA) di sini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (SGH) semalam dipercayai mengalami keracunan makanan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, sebahagian pelajar itu mengalami sakit perut, muntah dan pening kepala selepas mengikut Karnival Sukan Asrama Tahunan, di sini.

Berikutan itu, pelajar tingkatan dua hingga lima itu dihantar ke SGH pada pukul 9 malam tadi untuk diberikan rawatan.

Utusan Malaysia difahamkan, hasil pemeriksaan hospital mengesahkan salah seorang daripada pelajar terbabit mengalami keracunan makanan manakala selebihnya belum diketahui.

Bagaimanapun, kesemua mereka yang kebanyakannya mempunyai tanda-tanda keracunan makanan itu telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid KDPAHA, Aishah Ahmad menafikan pelajarnya keracunan makanan sebaliknya memberitahu, ia berpunca daripada jangkitan virus dan perubahan cuaca.

“Pihak hospital memberitahu kami bahawa sebahagian mereka dijangkiti virus dan kemudian menjangkiti pelajar-pelajar yang lain di dalam asrama.

“Ia hanya seperti demam biasa sahaja, tiada yang serius lagipun semasa aktiviti itu diadakan hujan lebat dan ada sebahagian mereka tidak mandi selepas itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak sekolah sudah melakukan pemeriksaan di dewan makan asrama dan diberitahu bahawa sumber makanan diperoleh dan disediakan seperti biasa.

“Dewan makan berkenaan adalah satu-satunya tempat makan di sini, sekiranya benar mereka keracunan makan kenapa hanya sebahagian daripada pelajar yang terbabit,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA-29 JULAI 2007

Hmm..~ Kolej on News!

Four of my friends... Arina, Mazlina, Mira, Mirul...absent today!

Get well soon! I can't wait to see all of you back to school! I miss u a lot!

1 comment:

Ninonoi said...

uish..first time..thanks for the info.. ^^
anyway nice blog adek.. :))