LONDON: Seorang wanita memberitahu sebuah mahkamah di Britain bahawa dia secara tidak sengaja mengepam anak yang baru lahir ke dalam tandas kerana tidak menyedari dia sedang melahirkan anak.
Claire Jones berkata dia menyedari dirinya hamil hasil hubungan sulitnya dengan seorang rakan sekerja, namun menganggap kesakitan yang dialaminya ketika awal pagi 28 Disember lalu akibat cirit birit.
Jones memberitahu seorang koroner di mahkamah Cardiff, Wales kelmarin bahawa dia hanya menyedari apa yang berlaku apabila melihat sepasang kaki di dalam mangkuk tandas.
Katanya, dia cuba menyelamatkan bayinya, namun gagal dan kemudian meletakkan mayatnya di tempat simpan barang dalam keretanya.
SUMBER: Berita Harian
Mayat bayi itu ditemui dalam kenderaan Jones selepas dia ditahan. Dia diberi hukuman tertangguh kerana menyembunyikan kelahiran bayinya. - AP

No comments:
Post a Comment