seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu; hingga di batang, mati batang, hinggap di ranting, ranting patah ini,
tidak diperlukan di Malaysia serta situasi ini perlu diteliti pemimpin Melayu, jangan sampai bangsa sendiri punah."
KELANCANGAN beberapa orang berkepentingan dalam politik yang mewakili kaum Cina dan India baik daripada parti pembangkang mahupun pemerintah, perlu ditangani segera oleh pihak berwajib bagi mengelakkan peristiwa mandi darah pada 13 Mei 1969 daripada berulang.
Dalam senario politik hari ini, kenyataan demi kenyataan berbau perkauman oleh beberapa pemimpin ini nyata memang disengajakan demi kepentingan peribadi yang meluap-luap dan kepentingan nasional sememangnya dihumbankan ke tepi..
Sesetengah daripada mereka ini tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan dan tuntutan berbau perkauman meskipun parti yang mereka wakili mencatat pencapaian buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu dan sesetengahnya pula menang ekoran undi Melayu.
Hakikat kebaikan dan kemuliaan bangsa Melayu menerima kehadiran mereka dengan membuka ruang kerakyatan tanpa sebarang syarat ketika Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dihumbankan, malahan dipunahkan dengan dakwaan orang Melayu juga pendatang.
Hakikat segala mudarat ini dapat dielakkan sekiranya pemerintah tegas dalam melaksanakan fungsi bahasa Melayu sebagai wahana perpaduan rakyat semua kaum negara ini seperti dibuktikan pemimpin terdahulu dan kini kita mengerti tindakan Indonesia dan Thailand dalam hal bahasa.
Seorang teman memberitahu penulis: "Indonesia mengharamkan penggunaan bahasa Mandarin di negara itu di samping melarang kemasukan buku dalam bahasa terbabit pada zaman pemerintahan Orde Lama dan mereka turut dilarang menggunakan nama Cina di negara itu.
"Segalanya itu dilakukan bagi memastikan mereka setia kepada pemerintah Indonesia. Langkah serupa turut dilaksanakan pemerintah Thailand terhadap orang Cina. Orang Melayu baik hati dan terlalu menjaga hati pendatang.
"Di Amerika Syarikat pula, sesiapa yang memohon kewarganegaraan diwajibkan menduduki peperiksaan yang menguji pengetahuan bahasa dan sejarah mereka berhubung negara terbabit kerana nilai kerakyatan bukan murah," kata teman ini ketika bertukar pandangan dengan penulis.
Bersediakah orang Cina dan India sekiranya syarat sedemikian dikenakan kepada mereka memandangkan yang bermati-matian memperjuangkan kemerdekaan negara daripada British dulu hakikatnya adalah orang Melayu?
Mereka yang ditatang bagaikan minyak yang penuh sehingga sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil masih beroperasi meskipun selepas 51 tahun Malaysia merdeka, masih enggan melihat dan akur dengan ketuanan Melayu, malahan memperlekehkannya.
Mahukah kelompok yang kononnya tidak memahami bahasa Melayu meskipun bernafas di bawah langit Malaysia sehingga menjadikannya sebagai alasan perlunya soalan peperiksaan diterjemahkan ke bahasa vernakular dilucutkan kerakyatan mereka?
Sudah sampai masanya pemerintah akur akan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dalam apa juga era terutama ketika mengharungi pelbagai ancaman disengajakan oleh kelompok bersarung sesumpah ini yang sengaja mencari peluang untuk menyerang meskipun tidak diusik.
Sahihlah kelompok yang semangat perkaumannya tinggi ini seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu; hingga di batang, mati batang, hinggap di ranting, ranting patah ini, tidak diperlukan di Malaysia serta situasi ini perlu diteliti pemimpin Melayu, jangan sampai bangsa sendiri punah.
Tiada gunanya lagi untuk bangsa Melayu menangisi sejarah yang sudah terpahat dan apa yang perlu dilakukan untuk tidak terus tunduk kepada kelompok yang sanggup menjahanamkan negara demi kepentingan peribadi.
No comments:
Post a Comment