*Hendakku luahkan...takut makanlah diri,*Hendakku simpankan...meracubi hati,*Hendakku jalinkan...takut malu sendiri,*Hendakku diamkan...kau takkan mengerti.*
Ingat tak lagi my previous post..Cinta Zulaikha? Akhirnya aika tau jugak akhirnya apa pengakhiran kisah Cinta Zulaikha, isteri seorang pembesar..(negeri apa ye?) yang benar-benar cinta dan kasih akan Nabi Yusuf A.S
Selepas peristiwa Nabi Yusuf difitnah oleh Zulaikha, telah ternyata bahawa Zulaikhalah yang telah bersalah. Sebagai seorang lelaki budiman, Al-Aziz telah melepaskan Zulaikha. Zulaikha berasa begitu berdosa terhadap Nabi Yusuf A.S. Tambahan pula, perkara ini turut menjadi buah mulut isteri-isteri para pembesar lain. Zulaikha telah memanggil isteri-isteri pembesar ke istananya dan memberi sebiji buah epal setiap seorang untuk dikupas lalu memanggil Nabi Yusuf A.S. ke dapur. Oleh sebab ketampanan Nabi Yusuf A.S. mereka tidak sedar bahawa mereka telah terhiris jari sendiri kerana terlalu asyik dan terpesona melihat wajah Nabi Yusuf. Maka, Zulaikha dan Nabi Yusuf telah bebas daripada umpatan-umpatan orang.
Sebenarnya, Zulaikha melakukan perkara ini kerana berasa bersalah sangat terhadap Nabi Yusuf. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dia sememangnya benar-benar cintakan Nabi Yusuf sejak dari mula lagi. Zulaikha telah bertaubat kepada Allah S.W.T dan Nabi Yusuf telah melihat kesungguhan Zulaikha ini Lantas, baginda mengambil keputusan untuk mengahwininya. Dengan kuasa Allah S.W.T, Zulaikha telah diremajakan kembali.
Pada suatu ketika, perbuatan Zulaikha dahulu akhirnya terbalas. Perbuatan apa? Hmm~~ Ingat tak sewaktu Zulaikha cuba menggoda Nabi Yususf A.S. sehingga terkoyak pakaian Nabi Yusuf di bahagian belakang? Ketika Zulaikha telah selesai solat dan berdoa, Nabi Yusuf yang mengkehendaki Zulaikha pada saat itu menarik Zulaikha sehingga terkoyak pakainnya di bahagian belakang. Zulaikha berkata "Maka terbalaslah apa yang telah aku lakukan kepada suamiku dahulu..."
Begitulah kisah Cinta Zulaikha. Andai cinta tak sehebat Zulaikha, jangan didamba kasih daripada Yusuf. hehehe!! Romantik kan? :P
No comments:
Post a Comment