Sunday, July 29, 2007

Suatu Pengakuan

(Didedikasikan buat dua orang sahabatku...)

Assalammualaikum.

"Aku berharap kalian membaca ruangan yang aku dedikasikan buat kalian berdua dalam ruangan ini. Sukar untuk aku melafazkannya kini kerana kita sama-sama menyedari hakikatnya bahawa persahabatan yang pernah terjalin antara kita suatu ketika dahulu memang JELAS semakin pudar... Kini, hilang tawa mesra, gurau-senda, tegur sapa dan yang pasti kita semakin jauh..."

Maafkan aku! Hanya itu mampu kuucapkan kerana kata maaf itu begitu sukar kulafazkan dan apa yang terjadi antara kita TIDAK mungkin berubah...Kita sama-sama menyedarinya dan kau tahu apa yang aku maksudkan.

Pada suatu ketika dahulu, aku terlalu menyayangi kalian. Ya! Itu suatu pengakuan daripadaku. Setiap hari, setiap waktu aku kerap bercerita tentang kalian... Keluargaku telah mengenali kalian walaupun tidak pernah bertemu dengan hanya mendengar ceritaku shaja. Semuanya kerana satu pertandingan yang menemukan kita semua dan bernaung di bawah satu nama..'New Generation'. Untuk pengetahuan kalian...kalianlah yang telah membuka mataku tentang kegembiraan dalam sebuah persahabatan. Kalianlah yang telah mengajarku banyak perkara yang belum pernah kulalui... Aku bersyukur kerana bertemu kalian! Terima kasih...

Pada penghujung tahun 2006, aku seolah-olah mula memilih. Memilih? Ya! Kita bertiga pada ketika itu... dan aku kelihatan seperti memilih. Semuanya disebabkan 4 perkataan yang aku ucapkan ketika di dalam makmal sains. Semuanya berubah sejak perkara itu berlaku... Aku dengan dirinya (*). Aku seolah-olah mempunyai "rating" yang tersendiri. Mungkin kalian menyedarinya...

(Untuk insan...*)

Tahun 2007, kontroversi antara aku dan dirimu berterusan sehingga ada yang menyangka bahawa aku memang suka pada dirimu! Tidak, sangkaan mereka sememangnya tidak tepat! Aku selesa bersamamu... Aku suka dengan caramu... Tapi hati ini belum dimiliki...dan Kau bukanlah orangnya.

Namun aku sedar tahun ini memang sukar bagiku. Sahabat yang paling rapat denganmu telah mengirimkan sepucuk surat kepadaku untuk menyatakan masalahnya kepadaku. Meminta pertolonganku... Aku menghargainya dan aku ingin membantunya. Niatku ikhlas...Tetapi...
Dia...Dia menduga kesabaran diriku ini. Dan kau? Kau memilih untuk memilih dirinya...

"Mengapa? Mungkin kerana diriku seorang perempuan? Begitu? Mengapa? Mungkin aku hanyalah sahabat yang tidak penting bagi dirimu? Sedang aku begitu menghargai persahabatan kita ini? Sedang aku menyayangi dirimu sebagai seorang sahabat? Ya! Aku mengaku...Perkara ini tidak dapat aku nafikan! Dan kau? Kau memilih dirinya... Dan aku? Hanyalah sandaran dalam persahabatan ini..."

Setiap perbualan kita, aku merasakan diganggu. Setiap perkara yang kita lakukan bersama seolah-olah memaksa dirimu untuk memilih antara AKU dan DIA! Itu jelas kelihatan pada raut wajahmu! Mengapa dia tidak biarkan sahaja kita bersama! Salahkah aku?! Perlukah dia ada di situ?! Ya! Aku marah pada dirinya..sedang diriku ikhlas untuk membantunya. Aku semakin bosan dengan dirimu.

Pada suatu malam aku bermimpi. Aku berbual dengan rakanmu...Perbualan yang tenang dan dalam suasana yang harmoni. TIADA perasaan marah, benci... Lalu aku nekad. Jika ini yang ditakdirkan untukku! Biarlah aku berundur... Aku nekad! Seandainya pengunduranku membuatkan dia bahagia...Aku pasrah! Biarlah aku mengalah... Terima kasih, sahabat! Kenangan kita biarlah terkubur di sini sahaja.

(Untuk sahabat yang aku kasihi...**)

Kau memang unik! Dirimu hanya satu dalam seribu... Namun kau seperti sandaran dalam persahabatan kita bertiga. Maafkan aku. Aku tidak memaksudkannya. Suatu yang pasti...aku sentiasa mahukan perhatian dirimu!

Namun kau berubah pada awal tahun ini... Perubahan yang begitu ketara. Kau sangat dingin terhadap diriku. Kau seolah-olah menjauhkan diri daripada diriku. Perbualan ini semakin berkurangan... Perubahanmu itu meruntun hati ini! Aku mahukan dirimu yang kembali.. Sahabat yang ceria... Sahabat yang sering mencuit hati ini! Pulangkan dirimu...Kau bukanlah seperti kau yang aku kenali dahulu...

Sehinggalah pada suatu ketika, aku beranggapan kau telah ada pengganti...Pengganti diriku... Lebih baik daripada diriku. Kau kelihatan ceria bersamanya...

Lantas aku nekad... Jika kau lebih bahagia tanpa diriku, Aku nekad! Biarlah aku mengundur diri ini sekali lagi... Untuk pengetahuan dirimu, air mata gadis ini pernah jatuh kerana dirimu. Sukar untuk diriku untuk membuat keputusan ini... Tapi aku sekali lagi pasrah! Mengundur diri buat kali yang kedua.

Pada petang itu kita bebincara dari hati ke hati... Ini semua kerana * yang memberitahu segala yang tersirat dalam hati ini tentang dirimu. Ya! Sekali lagi aku terpana mendengar jawapannya... Kau masih sama dengan dirinya (*) yang memilih untuk bersama sahabat rapat kalian itu! Betapa kecewanya aku dengan kalian hanya tuhan sahaja yang mengetahuinya! Kalian hanya memikirkan tentang dirinya dan bukan diriku...

"Mengapa? Aku perempuan? Mengapa? Aku tidak penting bukan? Syabas kalian! Syabas! Perasaanku ini tidak pernah bernilai buat kalian. Aku redha.. Aku redha.. Biarlah aku pergi kini...."

Perubahanmu terhadap diriku kini jelas kelihatan... Rupa-rupanya kau masih seperti dulu..
Tetapi semuanya telah terlambat..Pabila hatiku telah nekad! Aku tak mungkin berpatah kembali! Kerana hati ini sudah cukup dilukai! Kalian memilih dirinya bukan aku kerana aku seorang PEREMPUAN! Tak perlu kalian katakan kerana semua ini telah jelas terpancar dalam setiap tindakan kalian.

"Kini, aku bisa meneruskan kehidupan ini tanpa tawa mesra seperti dulu. Aku tidak pernah membuang kalian dalam hidupku. Relakanlah pemergianku ini. Kalian masih sahabatku walau kita saling menjauh! Biarlah persahabatan ini diteruskan, walaupun kita
TAK SEPERTI DULU
...
"

12 comments:

Anonymous said...

hidup mmg penuh cabaran dan dugaan. sebenarnya setiap ujian yg kita lalui dapat m'bantu kita dlm mengenal sebenar erti idup tok.. rajin2 lah dgr lagu "kembali" dr far east.. :) ikhlas dr kmk untuk ktk dek

Anonymous said...

assalamualaikum..first of all i wanna know what u trying to says in this paragraph "Semuanya disebabkan 4 perkataan yang aku ucapkan ketika di dalam makmal sains".it's the 4 latter word F**K..
hurmm..after i read ur blog it's quite difficult to take this relation ship rite..but jangan biarkan diri mu di hasuti syaitan dan nasfu u tu..kerana biler hidup dah di hasuti syaitan maka mcm2 perkataan dan hasrat dengki membelenggu jiwa mu itu..sepatutnya kamu kena lah terima setiap dugaan ini dgn tabah dan redha ..saya bukan nk menghina kamu atau menyindir kamu tp sekadar renungan buat diri kite yg lemah di sisi Allah S.W.T..
kata ulama 100 kawan kiter boleh cari tp dlm 100 itu dapat kah kiter melihat seorg dr kawan kiter itu menangis dan adakah dlm 100 itu mengetahui kwan yg sorang ini menangis?..itu la persahabatan ada yg ambil tahu ttg kite, ader yg hanya utk bersukaria sahaja dan ada yg biler kiter susah terus menghilangkan diri entah kemana..jd terima lah setiap dugaan itu kerna dgn persahabtan ini dpt kiter menilai antara buruk dan baik..so dekatkan lah diri mu kepada nya (Allah s.w.t)sesungguh nya dia lah yg mencipta kiter dan mematikan kiter...sorry if my words make u feel uncomfortable ..yg buruk dtg nya dr saya dan yg baik dtg nya dr Allah s.w.t..
from hamba Allah...

Aika Infinity said...

Waalaikumsalam.

Terima kasih hamba Allah atas nasihat awak.

Sebelum itu izinkan saya membetulkan beberapa perkara di sini.

Untuk pengetahuan awak...sebenarnya 4 perkataan yang saya maksudkan itu bukanlah seperti perkara yang awak fikir. Tidak pernah terlintas dalam hati saya dan terucap di bibir saya perkataan-perkataan yang sebegitu.. Dan sungguh saya cukup anti dengan perkataan-perkataan sebegitu...

Perkataan yang saya maksudkan itu sebenarnya ialah..

"ya ...(nama insan itu)... aku ya"

(seolah-olah insan itu milikku walaupun aku tidak pernah memaksudkannya)

Yes..I can't denied that your word somehow makes me uncomfortable because I was thinking you got me wrong isn't?

Saya masih sedar siapa diri saya dan saya masih lagi seorang muslimah yang menjaga fitrah dan saya sedar batas-batas agama ini. Kini, saya berasa keputusan yang saya buat ini memang tepat. Maafkan saya sekiranya apa yang saya ucapkan ini mungkin membuatkan tidak selesa.

Terima kasih...awak! Semoga komen yang awak hantar di blog saya merupakan jambatan ukhuwah antara kita. Terima kasih.

wassalam.

Anonymous said...

assalamualikum...
oh...ic..sorry for that mistake..i not try to heard others people feeling niat saya baik bukan utk menyakiti ati awak...tp mmg la mana ader manusia yg se-perfect2 like our rasul and nabi sbb mereka itu maksum iaitu di perlihara segala dosa2 dan perlakuan-nya oleh Allah s.w.t...sepuluh jari saya memohon kemaafan skali lg dr anda jika perkara yg saya tulis itu membuat anda raser kurang senang...semoga Allah sahaja yg dpt membalaskannya...wallahualam...
from hamba Allah..

Aika Infinity said...

Errr...takpe..takpe..

saya mintak maaf juga sekiranya saya membuatkan awak kurang senang dengan statement saya semalam.

terima kasih sekali lagi.
Assalammualaikum.

Anonymous said...

Haziqah, walaupun kau kehilangan seorang rakan, kau ada rakan yang lain. Kau mengatakan bahawa kawanmu tidak memikirkan tentang perasaanmu, adakah kau memikirkan tentang perasaan kawanmu itu,masalah kawanmu itu,tekanan kawanmu itu? Dan perasaan kawanmu yang lain? Fikir-fikirkanlah.......

Aika Infinity said...

Bukannya diriku tidak pernah memikirkannya...

Biarlah yang berlalu itu terus berlalu! Kini aku mempunyai kehidupan untuk diteruskan dan mereka tetap sahabatku walaupun kami tak seperti dulu..

Mungkin masa akan mengubah segalanya.
Percayalah...

Anonymous said...

Akan Datang...
'Ada Apa Dengan Haziqah?'

Ekslusif di Nukilog Misteri Nusantara @ http://misteri90.blogspot.com

Hehe... Publisiti sikit bah.. Hehe..

Anonymous said...

Bagus......

Aika Infinity said...

Thank you

-Haziqah

Anonymous said...

4 igek perkataan ya mesti'PEUZ' nak????????

Aika Infinity said...

So not the word...hahahaha!
Sapa tok bah...
hehehe